Vokalis Slank gosok bahagian sulit di pentas?

Oleh Raja Nurfatimah Mawar


Ariel dari kumpulan Peterpan ‘berlenggeng’ ketika membuat persembahan.

SETIAP tahun insiden rusuhan sesama penonton warga Indonesia pasti tercetus dalam konsert Pesta Malam Indonesia.

Kekacauan berlaku kali ini boleh dianggap sebagai terburuk jika dibandingkan konsert sebelumnya. Pesta Malam Indonesia 2 dijayakan enam kumpulan dari Indonesia iaitu Dewi-Dewi, Samsons, Sheila On 7 (SO7), Ungu, Peterpan dan Slank.

Konsert itu bagaimanapun gagal mencapai sasaran 15,000 penonton sebagaimana diharapkan pihak penganjur, sebaliknya kehadiran penonton hanya sekitar 5,000 ke 7,000 saja. Laman web bahasa Melayu, http://www.murai.com.my mendedahkan sepanjang konsert di Equestrian Park, Bukit Kiara bermula dari jam 2 petang hingga berakhir lewat tengah malam, rusuhan dicetuskan sesama warga Indonesia berlaku enam kali terutama ketika kumpulan SO7 mengadakan persembahan.

Khabarnya keadaan itu memaksa vokalis SO7, Duta menghentikan dua kali persembahan sambil memberikan peringatan kepada penonton. “Kalau kamu semua mahu bergaduh, naik saja di pentas. Biar saya sama mereka yang lain saja melihat pergaduhan kamu,” kata Duta dengan tenang sambil berusaha untuk mengawal suasana.

Aksi sebahagian penonton.

Sebaik saja SO7 selesai mengadakan persembahan dan sementara menunggu kehadiran Ungu di pentas, suasana kembali tegang semula. Rupa-rupanya pergaduhan tercetus lagi. Pergaduhan sekali lagi berlaku pada saat Ariel bersama Peterpan menyampaikan lagu Mungkin Nanti. Sebagaimana Duta, Ariel juga terpaksa menghentikan persembahannya sambil meminta mereka semua bertenang.

Satu lagi pergaduhan terjadi pada saat menanti kehadiran Slank di atas pentas dan sebelum itu, ia turut berlaku sebelum Samsons muncul menghiburkan mereka. Tidak pasti apakah sebab utama di sebalik konflik serta pergaduhan tercetus sesama warga Indonesia itu.

Ia berkemungkinan gara-gara rasa tidak puas hati apabila berlakunya body contact (sentuhan) antara mereka. Ada juga pihak mendakwa, sekiranya lebih ramai peminat Slank atau Slankers yang membanjiri konsert itu, kebarangkalian berlakunya pergaduhan atau rusuhan memang sangat tinggi.

Selain itu, Pesta Malam Indonesia 2 turut dicemari insiden membaling barang daripada penonton yang bengang dan kecewa apabila persembahan Ungu terpaksa dihentikan buat seketika apabila berlakunya masalah teknikal. Tidak cukup itu, vokalis Peterpan, Ariel pula turut mencetuskan kontroversi apabila membuka baju sewaktu mengadakan persembahan sedangkan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan Malaysia, perlakuan itu adalah sesuatu yang dilarang. Apakah Ariel akan dikenakan tindakan sebagaimana penyanyi Faizal Tahir yang digam?

Dalam pada itu, aksi penyanyi Slank meludah atas pentas dan menggunakan stand microphone dengan meletakkan di bahagian celah kangkang sambil menggosok-gosok pada bahagian sulitnya juga boleh disifatkan sebagai kurang ajar. Tak tahulah Raja nak kata apa, tapi kalau sudah begitu ‘kurang ajar’ kumpulan dari Indonesia, takkan tak serik-serik lagi nak bawa mereka buat konsert di Malaysia. Penganjur kena buka matalah sikit….

RAJA: Teringat lagu ‘gosok’ nyanyian kumpulan Spider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s