Keasyikan lagu-lagu filem Cinta

Komen: SESUAI dengan judul filem Cinta dan temanya pula berkisar tentang percintaan, lagu-lagu latar daripada filem ini cukup mengasyikkan. Lantunan lembut suara Gita Gutawa saat mengalunkan lagu Sempurna (Versi 1) amat menangkap perasaan. Sempurna (Versi 2) pula seakan-akan melengkapkan lagi kesyahduan lagu ini sama dengan jalan cerita filem ini yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tidak lama lagi.

Sheila On 7, Padi dan Gigi yang lazimnya ligat dipentas turut mengalunkan lagu-lagu yang membuai perasaan. Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki menyerlahkan vokal Duta (Sheila On 7) yang lembut dan gemalai bunyinya. Erwin Gutawa tidak ketinggalan menyumbangkan sentuhan instrumentalnya berjudul Scoring Love 2. Sentuhan irama sentimental dan lirik berbau bunga-bungaan cinta menyerlahkan keserasian konsep serta tema lagu-lagu album ini yang diterbitkan oleh Erwin Gutawa. Lagu Ku Ingin Engkau nyanyian Vagetoz juga tidak menghampakan para peminat lagu-lagu sebegini. Dalam kesyahduan lagu-lagu romantis, muncul juga lagu ceria seperti Dua Hati Menjadi Satu hasil duet antara Dafi dan Gita Gutawa. Sembilan lagu yang dimuatkan dalam album ini bukan sahaja menampilkan melodi yang agak kuat tetapi ia mampu meruntun penghayatan para penonton seiring dengan jalan cerita filem arahan Kabir Bhatia ini kelak.

Judul Album: Original Soundtrack Love

Artis: Gita Gutawa, Sheila On 7, Gigi, Padi, Erwin Gutawa dan Vagetoz

Konsep Muzik: Pop dan rock

Terbitan: Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s