S07 sudah hilang sengat

Oleh: NIR FADZILAH BAHARUDIN

TUNGGAK utama SO7 iaitu Duta dan Eross.


SHEILA On 7 (SO7) sudah hilang sengatnya? Tidak ramai peminat yang mahu menyaksikan konsert kumpulan yang cukup popular dari Indonesia ini? Ataupun khalayak tempatan sudah jemu dengan kehadiran band seberang?

Itulah pertanyaan yang bermain di minda ketika menyaksikan konsert bersiri SO7 yang ditaja oleh DIGI dan dianjurkan oleh Cipta Asia di lokasi terakhir konsert mereka iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

Sebelum itu SO7 telah mengadakan konsert di Johor, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

Dengan 2,000 penonton yang memenuhi hanya sekelumit ruang stadium itu pastinya mengecewakan band tersebut yang mula mencipta nama di persada seni tempatan sekitar penghujung tahun 90-an.

Malah mereka pernah mengadakan konsert bersiri seperti itu pada tahun 2003. Tetapi kehadiran peminat ketika itu agak memberansangkan.

Mengapa fenomena ini berlaku? Ketika ditanya kepada penyanyi utamanya, Duta mengenai kehadiran penonton yang agak mengecewakan, kata Duta;

“Biarpun kehadiran penonton tidak sehebat konsert bersiri tahun 2003, kami masih bangga dan terharu.

“Bagi kami berapa pun jumlah penonton yang hadir ia merupakan satu penghargaan dan sokongan peminat kepada kami. Kami tidak kisah.”

Bila ditanya adakah punca kemerosotan peminat yang hadir disebabkan oleh dua ahli mereka (Anton dan Sakti ) yang telah menarik diri, dengan tegas Duta menafikannya;

“Mereka masa lalu kami. Tanpa mereka kami masih boleh meneruskan perjuangan dan tidak mencacatkan persembahan kami.

“Saya yakin peminat kami masih menyokong kami sejak dulu hingga sekarang,” kata Duta dalam nada yang agak serius seakan-akan marah dengan soalan yang diajukan oleh pihak media.

Tambah Duta, biarpun kedua-duanya telah tiada mereka telah mengambil Brian selaku pemain drum baru bagi memantapkan lagi SO7.

Menyentuh mengenai populariti SO7 yang dikatakan semakin menurun di Malaysia, kata Duta; “Kami tak rasa begitu. Kami yakin masih ada peminat di sini kerana kami merupakan sebuah band yang telah hidup selama 10 tahun.

“Dan kewujudan kami di Malaysia sudah hampir lapan tahun. Itu satu perkara yang tidak mudah dilakukan oleh band-band lain. Peterpan sendiri baru dua tahun. Yang lain-lain masih baru,” katanya.

Malah dengan yakin Duta berkata; “Tengok lagi empat tahun, sama ada SO7 masih mempunyai peminat atau tidak.”

Konsert malam tersebut dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Bumi Band. Menerusi tiga buah lagu iaitu Perbedaan Hati, Konspirasi Dunia dan Goda.

Keresahan penonton yang hadir lenyap apabila SO7 muncul di pentas. Menyanyikan 20 buah lagu tanpa henti, kekuatan, stamina dan kehebatan vokal Duta tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sememangnya tidak sia-sia para peminat membelanjakan RM65 untuk menyaksikan konsert mereka.

Mendendangkan lagu antaranya Sahabat Sejati, Pemenang, Terlalu Singkat, Itu Aku, Mantan Kekasih, Kita, Dan, Seberapa Pantas, Pria Kesepian dan Melompat Lebih Tinggi. Kelincahan Duta bersama tiga rakannya iaitu Eross, Brian dan Adam cukup menghiburkan peminat yang hadir.

Klimaks persembahan malam itu, tentunya ketika Duta mendendangkan secara medley dua lagu berhantu mereka iaitu Sephia dan Berhenti Berharap

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s