Sheila On7 – Berkonsert lagi di sini

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUMPULAN dari Jogjakarta, Indonesia, Sheila On 7 (SO7) hampir setiap tahun menjejakkan kaki ke bumi Malaysia bagi menjayakan promosi album atau mengadakan persembahan pentas.

Kini kumpulan yang dianggotai oleh Duta (penyanyi), Eross (gitaris), Adam (bass) dan Brian (dram) itu sekali lagi mengadakan konsert bergerak di beberapa lokasi di negara ini.

Ahad lalu, kumpulan yang sudah 10 tahun terbabit dalam bidang seni itu baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Semalam, mereka beraksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pula.

Menurut Duta, siri konsert yang ditaja oleh DIGI dan dianjurkan oleh Cipta Asia itu, adalah hadiah untuk peminat-peminat tempatan yang selama ini banyak menyokong mereka.

SO7 sebelum ini telah menghasilkan album Anugerah Terindah Yang Ingin Kumiliki (2000), Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2001), 07 Des (2002), 30 Hari Mencari Cinta (2003), Pria Terhebat (2004), dan The Very Best Of: Jalan Terus (2005).

Tahun lalu, SO7 telah menjelajah 34 kota di Indonesia menerusi konsert bergerak bertema Jalan Terus.

Apa yang pasti biar berapa banyak kumpulan muzik baru muncul di negara mereka seperti Ungu, Samsons atau Radja, nama SO7 tetap di hati.

Ini kerana SO7 yang baru tampil dengan album rakaman studio ke lima yang berjudul 507 itu lebih senang menampilkan lagu-lagu berkonsep easy listening dan catchy.

Selain itu kumpulan tersebut juga lebih senang menggunakan lirik yang ringkas, progresif kord yang simple yang begitu mudah dinyanyikan.

Tidak hairanlah jika album-album mereka sebelum ini mencatat kejayaan sehingga terjual berjuta-juta unit di Indonesia dan turut mendapat sambutan yang cukup hangat di Malaysia.

Menurut Pengarah Kanan Artis dan Reportaire SonyBmg Music Entertainment Indonesia, Jan N. Djuhana, SO7 adalah di antara kumpulan yang berjaya.

“Sepanjang sejarah muzik Indonesia, Sheila On 7 boleh dianggap satu-satunya kumpulan yang mencapai jualan satu juta unit bagi tiga album berturut-turut. Ini merupakan satu prestasi yang sangat membanggakan.

“Sampai saat ini mereka masih menunjukkan potensi sebagai kumpulan yang kuat, terbukti dari material album terbarunya (507) yang menawarkan lagu-lagu kuat untuk menjadi hit single. Mudah-mudahan albumnya ini dapat diterima secara luasoleh penggemar Sheila On 7,” jelasnya.

Tambahan pula lagu-lagu yang dimuatkan dalam album 507 lebih bersifat peribadi berbanding dengan album-album sebelumnya.

Mendengar lagu-lagu dalam album 507, kita dapat merasai kerinduan anggota kumpulan tersebut terhadap keluarga yang terpaksa ditinggalkan kerana kesibukan berkarier.

Keresahan hati Eross dapat dirasakan menerusi lagu Last Pretence yang diciptanya sebelum salah seorang anggota, menarik diri daripada kumpulan itu.

Boleh dikatakan lagu-lagu seperti Ingin Pulang, Cahaya Terang dan Kau Kini Ada, mempunyai maksud yang tersirat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s