SO7 kekal dengan empat anggota

Oleh WANDA IDRIS

FORMASI terbaik! Demikian kata vokalis Sheila On 7 (SO7), Duta untuk menggambarkan kedudukan kumpulan itu yang ketika ini dianggotai oleh Eross (gitar), Adam (bass) dan Brian (dram) selain diri sendiri.

Walaupun kehilangan pemain gitar keduanya, Sakti, saat mereka sedang menyiapkan album terbaru, 5O7, atas alasan Sakti ingin mendalami ilmu agama di Pakistan namun ia tidak pernah melunturkan semangat kumpulan itu.

Tiga tahun lalu, pemain dram SO7, Anton, disingkirkan ekoran masalah disiplin dan tempat itu diganti dengan Brian.

Namun Brian tidak terus diambil sebagai anggota tetap kumpulan itu malah dia terpaksa membuktikan komitmen sebagai sessionist selama dua tahun.

“Setelah kami mendapati adanya keserasian dan Brian sendiri menunjukkan komitmennya, barulah kami menjadikannya anggota tetap.

“Bagi kami, anggota yang ada hari ini merupakan satu formasi terbaik SO7 dan kami mahu kekal dengannya,” jelas Duta dalam satu temu bual selepas sidang akhbarnya di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Duta memberitahu, sekiranya satu hari nanti Sakti ingin kembali semula ke dalam bidang muzik, mereka tidak teragak-agak untuk menerimanya semula.

“Tetapi sehingga saat itu, kami tidak akan menambah lagi bilangan anggota SO7. Kami mahu terus tampil berempat,” ujar Duta.

SO7 baru sahaja melancarkan albumnya, 5O7, di negara ini dan Sakti sendiri menyumbang sebuah lagu ciptaannya dalam album tersebut.

Namun kumpulan SO7 mengakui keputusan Sakti mengundur diri memberi kesan kepada kelancaran pembikinan album tersebut.

Ini kerana, menurut Eross pula, untuk rakaman enam lagu pertama mereka, Sakti masih terbabit dalam pembikinannya.

“Justeru, bila dia meminta untuk keluar daripada kumpulan, kami perlu merakamkan semula enam lagu itu dan lagu-lagu yang dirakam selepas itu perlu diubah muziknya tanpa bunyi gitar kedua,” jelas Eross.

Kondisi

Menyentuh mengenai album terbaru mereka, Duta memberitahu, setelah sedekad bergiat dalam bidang seni dan muncul dengan enam album (termasuk kompilasi), album kali ini merupakan penyempurnaan kepada semua album mereka sebelum ini.

“Kami bermula pada saat usia masih belasan tahun. Kini usia kami masing-masing sudah mencecah 27 tahun dan 28 tahun. Tentu sahaja kondisi kami sudah berbeza.

“Lalu, kami merasakan 5O7 sempurna daripada segala segi… susunan muzik, pemilihan lagu dan penulisan liriknya,” jelas Duta.

Menurut Duta, mereka merakamkan 19 buah lagu tetapi hanya memilih 10 lagu terbaik untuk dimuatkan dalam album tersebut iaitu lagu Radio, Mantan Kekasih, Ingin Pulang, Kau Kini Ada, Pemenang, Bingkisan Tuhan, Terlalu Singkat, Terjamah Yang Lain, Cahaya Terang dan Last Pretence.

Bercerita tentang sukses mereka selama 10 tahun dalam industri muzik sehingga dikenali di rantau ini, Duta berkata, membuat muzik yang bagus menjadi rahsia kejayaan SO7.

“Namun kita harus membuka diri untuk mendengar muzik-muzik baru supaya kita boleh mencermin dan menilai diri. Jika tidak, kita hanya akan menganggap diri kita yang bagus dan terbaik,” katanya.

Pada majlis itu, SO7 turut dianugerahkan anugerah platinum atas kejayaan penjualan album-album mereka yang terdahulu sebanyak 280,000 unit.

Malah setelah tiga tahun tidak muncul di negara ini, kumpulan tersebut bakal mengadakan konsert di empat buah bandar anjuran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi).

Empat bandar terpillih itu ialah di Johor Bahru pada 13 Ogos, Kota Kinabalu (16 ogos), Pulau Pinang (18 Ogos) dan Kuala Lumpur (20 Ogos).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s