507 yang terbaik daripada So7

Radin Sri Ghazali
Di saat band-band Indonesia tumbuh bak cendawan di pagi hari, Sheila On Seven (So7) tetap teguh walaupun melalui pelbagai rintangan untuk menghasilkan album kelima mereka yang berjudul 507.

“Inilah album terbaik kami,” isytihar vokalisnya Akhdiyat Duta Modjo (Duta).

Duta menjelaskan bahawa album mereka begitu istimewa kerana diberi sentuhan peribadi setiap anggota So7.


Pengunduran seorang lagi ahli So7… Eross mengakui pemergian Sakti merupakan tamparan hebat untuk band yang berasal dari Yogyakarta
(Sony BMG)

“Ianya berdasarkan kemahuan peminat kami,” ujar Duta yang mengharapkan 507 mengecapi kejayaan album-album mereka yang lalu.

So7 turut dianggotai Eross Candra(pemain gitar), Adam. M Subarkah (pemain bass) dan Brian Kresno Putra  (pemain drum).

Menurut Adam, lagu ‘Ingin Pulang’, misalnya, merupakan hasil nukilan pemain bass tersebut yang mengisahkan kerinduannya  untuk kembali ke kampung halaman setelah sekian lama merantau demi perjuangan muzik mereka.

Sentuhan terakhir Sakti

Selain Pemenang (lagu tema Piala Dunia 2006), Mantan Kekasih, Kau Kini Ada dan Terjamah Yang Lain yang terdapat di dalam 507, album ini lebih istimewa kerana turut memuatkan lagu ciptaan terakhir pemain gitarnya Sakti Ari Seno yang berundur awal tahun ini.

Lagu yang berjudul ‘Cahaya Terang’ menceritakan tentang seorang insan yang ingin kembali ke jalan yang benar. Ianya yang begitu sinonim dengan keputusan Sakti untuk meninggalkan So7 demi mendalami ilmu keagamaan.


Sheila On 7… Bakal mengunjungi Malaysia untuk mengubat rindu para peminat mereka
(Sony BMG)

Eross mengakui pemergian Sakti merupakan tamparan hebat untuk band yang berasal dari Yogyakarta ini kerana pengundurannya berlaku pada detik-detik rakaman album studio kelima, 5O7.

“Kami sudah berbicara tiga kali bersamanya. Namun, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk ke Pakistan,” jelas Eross.

Sakti, menurut Eross, selalu memberi ilham untuk mereka berkarya disamping selalu menjadi imam ketika ketika ahli-ahli So7 bersolat bersama-sama.

“Kami terkejut bangat,” komen Adam.

Namun, keputusan Sakti tersebut dihormati oleh sahabat-sahabat sejatinya itu dan “pintu So7 masih terbuka untuk Sakti jika dia ingin kembali bermain bersama kami,” ujar Eross .

Pemergian Sakti adalah dua tahun selepas pemain drum kumpulan itu, Anton Widiastanto, meninggalkan mereka kerana terlibat dengan projek peribadi.

Tempatnya diganti oleh Brian, bekas ahli band Tiket yang telah dibubarkan.

Kembali ke Malaysia

Sepanjang 10 tahun berkarya, ternyata hasrat mereka supaya lagu-lagu mereka menjadi siulan ramai tercapai.

Lagu-lagu seperti ‘Sephia’, ‘Dan’ serta ‘Sahabat Sejati’  bukan sahaja menjadi siulan para peminat di Indonesia malah di Malaysia, Singapura serta Brunei.

Kumpulan yang pernah dinobatkan sebagai band nombor satu di Malaysia berhajat untuk kembali ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminat-peminat mereka.

“Kami akan ke Malaysia pada 10 Ogos,” kata Duta mengenai konsert yang bakal diadakan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s