[Anugerah] Siti Nurhaliza terus ungguli Vokal Terbaik AIM buat kali ke-7

psst: yg atas tak penting, baca yg bawah je 🙂

KUALA LUMPUR 30 April – Kemerduan vokal Siti Nurhaliza tidak dapat dipertikaikan apabila juri profesional Anugerah Industri Muzik 2005 (AIM05) sekali lagi memilihnya sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) menerusi album Prasasti Seni.

Kemenangan Siti pada malam ini untuk kategori tersebut merupakan kejayaannya yang ketujuh berturut-turut sejak AIM 1999 yang memperlihatkan kemenangannya menerusi album Adiwarna.

Lain-lain album yang mengangkat Siti sebagai pemenang vokal terbaik di dalam album sebelum ini ialah Pancawarna (2000), Sahmura (2001), Konsert Mega Siti (2002), Sanggar Mustika (2003) dan Emas (2004).

Untuk kategori tersebut juga, Siti turut dicalonkan vokalnya menerusi album Siti Nurhaliza.

Lain-lain pesaing untuk kategori tersebut ialah Ning Baizura, Misha Omar dan Juwita Suwito.

Sementara itu, lagu Siti Nurhaliza, Seindah Biasa susunan Aubrey Suwito pula memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu.

Malah Siti Nurhaliza juga turut diberi penghargaan bagi Anugerah Kembara buat kali ketiga atas kejayaannya menembusi pasaran luar termasuk melalui beberapa siri konsert di luar negara terutama konsert solonya di Royal Albert Hall London April lalu.

Di majlis AIM05 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dan disiarkan secara langsung menerusi ntv7, turut mengangkat album Ning Baizura Erti Pertemuan, sebagai Album Pop Terbaik.

Sementara itu, lagu Awan Yang Terpilu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik oleh Loloq nyanyian Ning Baizura dipilih sebagai Lagu Terbaik.

AIM05 yang mempertandingkan 18 kategori pada malam itu turut memberi penghargaan kepada album Nazraku kumpulan Spider sebagai Album Terbaik.

Zainal Abidin pula mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album Lelaki menerusi album Puteri.

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album pula menjadi milik Raihan melalui album Allahu.

Ia juga dipilih sebagai Album Nasyid Terbaik dan Sawo Matang pula dipilih sebagai Album Pop Etnik Terbaik.

Sementara kumpulan Spider pula meraih kemenangan menerusi Album Pop Rock Terbaik untuk album Nazraku.

Untuk kategori Artis Baru Terbaik, Vince dipilih sebagai pemenang dengan menewaskan Waheeda, Farahdiya,

D-Va dan The Times.

Sementara Artis Harapan pula diberikan kepada Farah. Untuk kategori ini kebanyakan calon-calonnya adalah peserta Akademi Fantasia seperti Bob, Nana, Sahri dan Zahid.

Album Hard Rock Terbaik pula menjadi milik kumpulan May melalui album Otai Jamm!

Sementara, Album Inggeris Tempatan Terbaik pula dimenangi oleh Juwita Suwito dengan album Brand New World dan kumpulan Disagree dipilih sebagai Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik.

Album 30 Hari Mencari Cinta dendangan Sheila On 7 pula dipilih sebagai Album Indonesia Terbaik.

Lain-lain pemenang AIM05 ialah, Erti Pertemuan, Ning Baizura (Kulit Album Terbaik); Puteri, Zainal Abidin (Rakaman Album Terbaik) dan Awan Yang Terpilu, Ning Baizura (Video Muzik Terbaik).

Sementara itu, Anugerah Sri Wirama diberikan kepada Frankie Cheah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s