Sheila On 7 – Peluang peminat makan malam bersama

TIDAK dinafikan kebanyakan remaja terutama golongan wanita adalah yang paling ramai meminati kumpulan Sheila On 7 (SO7). Sebagai penghargaan, SO7 akan memberi suatu hadiah istimewa kepada mereka sempena kemunculan album terbaru SO7 berjudul Pria Terhebat yang telah berada di pasaran sejak 2 Jun lalu.

Lima yang bertuah akan berpeluang makan malam bersama anggota kumpulanSO7 .

Menurut Pegawai Eksekutif Sony Music, Anis Baharum, lima hadiah istimewa itu boleh dimenangi menerusi peraduan Win A Date.

“Peraduan itu bermula hari ini hingga 15 Jun ini. Anggota SO7 akan memilih sendiri pemenang peraduan itu pada 22 Jun ini.

“Hadiah Makan Malam Eksklusif itu bernilai RM800 setiap satu dan ia akan diadakan di sebuah restoran eksklusif.

“Para pemenang dipilih berdasarkan kiriman borang asal yang disiarkan menerusi akhbar dan kupon daripada kulit album SO7,” katanya sewaktu dihubungi.

Jelas Anis, lima hadiah utama itu tidak bermakna SO7 melupakan para peminat lelaki mereka.

“Untuk para peminat lelaki pula disediakan sekurang-kurangnya 10 tiket percuma menyaksikan konsert SO7 di MITC Konvensyen, Ayer Keroh, Melaka pada 26 Jun ini.

“Selain itu pelbagai hadiah lain disediakan seperti poster dengan autograf eksklusif SO7 juga akan diberi kepada pemenang bertuah,” ujarnya lagi.

Konsert tersebut adalah konsert pertama SO7 untuk tahun ini di Malaysia.

Selain itu, kumpulan dari Indonesia ini juga akan mempromosikan album keempat mereka itu di sekitar Kuala Lumpur sehingga 27 Jun ini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s