Sheila On 7 buang `celaka’ kerana Malaysia

Oleh NORZAILA ROSLI
SIAPA tidak kenal dengan kumpulan rock terkemuka dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7). Aksi lima anak muda dari tanah seberang itu ketika di pentas mampu membuatkan peminat menjadi setengah gila. Ada yang menjerit, ada yang menangis, tidak kurang juga yang pengsan setiap kali menyaksikan persembahan mereka.

Begitulah kehebatan kumpulan SO7 yang dianggotai oleh Duta (penyanyi), Eross (gitar utama), Adam (bass), Sakti (gitar kedua) dan Anton (deram).

Namun di sebalik kehebatan dan populariti yang dikecapi, mereka juga tidak terkecuali daripada mematuhi peraturan.

Untuk menyeberangkan album terbaru mereka Des 07 ke Malaysia, SO7 terpaksa merakamkan semula lagu Seberapa Pantas daripada album tersebut.

Lirik asal lagu itu yang menggunakan perkataan `celaka’ dikatakan tidak sesuai dan kasar untuk dinyanyikan di Malaysia.

“Justeru, kami terpaksa merakamkan semula lagu itu dan menggantikannya dengan perkataan `oh sayangnya’ untuk pasaran Malaysia,” kata Eross.

Selain itu, penyanyi SO7 Duta juga khabarnya terpaksa mengetepikan identitinya untuk penggambaran klip video terbaru kumpulan itu.

Duta yang sebelum ini sering memakai anting-anting di kening terpaksa menanggalkannya atas arahan syarikat rakaman.

“Saya cuma mengikut aturan di sini. Pada saya ia sama sekali tidak menjejaskan identiti saya malah saya lakukan ini demi peminat,” katanya.

SO7 yang baru-baru ini berada di Kuala Lumpur untuk promosi album Des 07 turut melahirkan kesyukuran kerana diberi sambutan hangat di sini.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima amat baik. Kami percaya peminat di Malaysia dapat menerima muzik kami kerana kita datang daripada rumpun yang sama,” kata Eross.

Sambil menganggap rahsia kejayaan mereka bersandarkan pada keikhlasan menghasilkan muzik yang bermutu, Eross turut mengakui ramai pihak mencemburui kejayaan mereka.

Tahun lalu, album kedua SO7 berjudul Kisah Klasik Untuk Masa Depan terjual sebanyak 100,000 unit di Malaysia.

Pencapaian itu sekali gus mengetepikan beberapa artis popular tempatan yang terpaksa akur kerana tewas di gelanggang sendiri.

Album Des 07 yang mula dipasarkan Mac lalu kini mencatatkan jualan sebanyak satu juta unit di Indonesia dan 40,000 unit di Malaysia.

Menurut Eross, sama ada SO7 kini berada di kemuncak kerjaya, itu bukanlah persoalan yang penting bagi mereka.

“Populariti bukan perkara pokok buat kami. Yang lebih utama ialah kami terus mencipta muzik,” katanya.

Dia menambah, setiap lagu yang dicipta lahir daripada apa yang dirasai oleh mereka. Dengan cara itu, ia bukan sahaja dapat memberikan kepuasan malah mesej lagu mudah diselami oleh setiap anggota kumpulan itu.

Sementara itu, lagu lama SO7 berjudul Sephia yang masih menjadi siulan peminat khabarnya telah dirakamkan dalam versi Mandarin.

SO7 yang menyedari perkembangan itu amat terharu walaupun lagu versi Mandarin itu dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Taiwan.

Menyentuh tentang gandingan dengan artis-artis wanita Malaysia, lima anak muda itu amat menyenangi penyanyi Sarimah.

“Kalau diberi peluang, kami suka sekali berganding dengan Sarimah. She’s cool!” kata Duta yang mencelah perbualan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s