Sistem bunyi rosakkan konsert Sheila On 7

SANGKAAN sebilangan besar peminat Sheila On 7 (SO7) bahawa konsert kumpulan tersebut di Stadium Putra, Bukit Jalil minggu lalu akan jauh lebih mantap berbanding konsert di Stadium Malawati, Shah Alam tidak lama dulu meleset sama sekali.

Ini kerana konsert kedamaian (seperti yang dilaungkan SO7) dirosakkan oleh sistem bunyi yang tenggelam timbul yang sekali gus membuatkan telinga lebih 5,000 penonton yang berada dalam stadium itu bingit.

Malang sekali SO7 tidak mendapat sokongan yang baik daripada sistem bunyi yang sebetulnya merupakan faktor paling penting bagi penganjuran sesebuah konsert.

Khabarnya penganjuran konsert kedamaian SO7 tempoh hari berdepan dengan masalah sehingga menyebabkan ada penganjur yang menarik diri pada saat-saat akhir!

Tinggalkan dahulu persoalan mengenai gangguan sistem bunyi di stadium yang boleh menampung lebih 14,000 penonton itu.

Sebaliknya, apa yang boleh dipelajari oleh pemuzik muda tempatan daripada lima anak muda dari Yogyakarta, Indonesia itu ialah kehebatan mereka bermain muzik dan kekuatan stamina khususnya pada penyanyi utama kumpulan itu, Duta.

Duta sebagai teraju utama SO7 berjaya mengawal vokal dan aksinya amat bersahaja.

Sementara teman-teman pemuzik SO7 yang lain turut mewarnai persembahan tersebut dengan permainan muzik yang agresif sehebat karya-karya yang lahir dari jiwa mereka.

Pada konsert malam itu, Duta dan teman-temannya Erros, Adam, Sakti dan Anton membuka tirai dengan menyampaikan lagu Sahabat Sejati.

“Anda peminat di Malaysia merupakan sahabat sejati kami setiap kali kami hadir di Malaysia,” kata Duta.

Nyata populariti SO7 di Malaysia bukan calang-calang. Mereka memiliki tarikan tersendiri dalam usaha mengembangkan kerjaya seni mereka di bumi Malaysia.

Perkembangan ini dapat dilihat berdasarkan kelancaran penonton yang rata-ratanya terdiri daripada anak-anak muda menyanyi dengan fasih lagu-lagu SO7 dari album terbaru mereka, 07 Des yang hanya baru dilancarkan di negara ini 1 April lalu.

Hampir kesemua lagu baru dalam album 07 Des mampu dihafal dan ini membuktikan SO7 mempunyai potensi untuk mendominasi pasaran muzik negara ini.

Selain Sahabat Sejati, SO7 turut mengalunkan lagu berhantu Sephia, Dan dan Takkan Pernah Menyesal secara medley.

Lagu-lagu seperti Bapak Bapak, Tunggu Aku Di Jakarta, Kisah Klasik, Anugerah Terindah Yang Pernah Aku Miliki, Jadikan Aku Pacarmu dan lain-lain turut berkumandang di Stadium Bukit Jalil.

Yang pasti, peminat SO7 pada malam itu pulang dengan perasaan gembira kerana persembahan kumpulan tersebut yang mantap tetapi sedikit kecewa kerana persembahan sistem muzik yang kurang memberangsangkan. – Dean

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s