SO7 fahami jiwa muda

Judul Album: Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Artis : Sheila On 7 (SO7)

Penerbit: Jan Djuhana

Edaran:Sony Music (M)

Selamat tidur kekasih gelapku

Semoga cepat kau lupakan aku..kekasih sejatimu

Takkan pernah sanggup untuk melupakanmu

Selamat tidur kasih tak terungkap

Sephia…jangan pernah panggil namaku

Bila kita bertemu lagi di lain hari

Hadapilah ini, kisah kita takkan abadi.

Demikianlah petikan lirik lagu Sephia yang berjaya mempopularkan kumpulan Sheila On 7 (SO7) dari Indonesia di negara ini. Lagu berentak alternatif yang dimuatkan dalam album Kisah Klasik Untuk Masa Depan itu dicipta oleh pemain gitar kumpulan SO7 Eross Chandra.

Selain liriknya yang ringkas, keindahan lagu ini turut terletak kepada iramanya yang sederhana dan memikat pendengar terutamanya di kalangan remaja.

Selain Sephia, Eross turut mencipta tujuh lagu lain dalam album yang mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Indonesia iaitu dijual lebih 1.3 juta unit.

Lagu itu ialah Karna Aku Setia, Sahabat Sejati, Pagi Yang Menakjubkan, Tunjuk Satu Bintang, Sebuah Kisah Klasik, Bila Kau Tak Di Sampingku dan Temani Aku.

Menurut anak muda yang lahir pada 3 Julai 1979 ini, proses kreatif yang ditimba dari pengalaman dalam muzik menyebabkan dia banyak memahami kehendak rakan seusianya.

Bagi Eross, proses penciptaan lagu yang dihasilkannya lahir daripada pengalaman yang pernah dilaluinya sendiri.

Sebagai remaja yang berusia awal 20-an, jelas Eross, dia hanya mampu menulis perkara-perkara yang berkaitan dengan pengalaman sendiri dan rakan-rakan sebayanya.

“Tidak mungkin untuk saya menulis lagu atau lirik berdasarkan pengalaman orang lain kerana kami mahu menyampaikan sesuatu yang lahir daripada idea dan keadaan kami sendiri,” ujarnya.

Kerana masih lagi digelar anak-anak, maka proses penciptaan lagu dan lirik juga perlu ringkas tetapi jujur kepada peminatnya.

Anak kelahiran Yogyakarta yang meminati muzik alternatif ini juga amat senang diajak berbicara tentang penghormatannya kepada kaum wanita seperti diketengahkan melalui beberapa lagu di dalam album berkenaan.

“Banyak perkara yang boleh dibicarakan tentang wanita. Seperti saya katakan, kami mahu bebas berbicara tentang sesuatu yang digemari oleh rakan-rakan seusia kami dan itulah yang kami cuba tampilkan,” jelasnya lagi.

Malah menurut Eross lagi, nama kumpulan mereka, Sheila juga diabadikan demi menghormati kaum wanita yang pada pandangannya menzahirkan kelembutan dan memberi banyak inspirasi kepada penghasilan lagu dan lirik ciptaannya. Kegawatan politik yang berlaku di negara kelahiran mereka juga jelas Eross, turut memberi kesan yang mendalam kepada industri hiburan.

Bagaimanapun dia melahirkan rasa bersyukur kerana di dalam keadaan hu-ru-hara, masyarakat peminat masih memberikan perhatian kepada album-album yang mereka pasarkan.

Album pertama SO7, Dan pada tahun 1998 terjual melebihi 1 juta unit di Indonesia. Sementara album Kisah Klasik Untuk Masa Depan pula sudah mencatat jualan melebihi 1.3 juta unit.

“Kami muncul ketika keadaan politik negara tidak stabil. Tetapi apabila album-album kami tetap mendapat sambutan ia merupakan rahmat dan anugerah yang paling berharga daripada Tuhan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s